Posts

Showing posts from 2013

~ Dhall and The Real Taste of Caii ~

Image
Sungguh..diri..harta dan masa kita milik Allah SWT.. Betapa hati ibu-ibu disini kagum dengan mujahadah Jamaah masturat India yang datang ke Sabah hampir dua bulan.. Jauh perjalanan yang mereka lalui.. mujahadah meninggalkan keluarga.. anak2 demi kerana agama Allah SWT.. Asbab pengorbanan ini beberapa orang ibu dan ahlia telah azam dan meningkatkan azam untuk keluar di jalan Allah SWT.. Orang kata Spice of India.. tapi tidak semuanya pedas.. Malah kebanyakkannya masam.. banyak guna Tamrin ( asam jawa) :) MASAM..iaitu antara Pedas dan Manis.. sama seperti sesetengah ahlia2/ibu2.. antara Josh dan Lemah2 sikit = Biasa2 .. (termasuk penulis :-( )  Rumah Taklim Mingguan jaraknya lebih kurang 83 kilometer..(masih dekat jika dibandingkan India- Sabah) kira-kira sejam hingga 2 jam masa perjalanan.. Asbab kehadiran mereka, dengan izin Allah SWT para ahlia dapat juga menghadiri Taklim mingguan dengan mengorbankan diri , harta dan masa semata-mata kerana Allah SWT. Ada yang tidak dapa

6 pesanan untuk wanita

Image
1.Solat di awal waktu dan galakkan kaum muhram solat di tempat di mana azan dilaungkan: kita hendaklah solat di awal waktu . Sebagai kaum wanita sebaik-baik tempat adalah di rumah dan di rumah pula seelok-eloknya di bilik. Walaupun kerja rumah kita itu banyak tetapi hendaklah kita cuba sedaya upaya kita untuk solat di awal waktu. Jadi hendaklah kita aturkan tugas kita di rumah mengikut waktu solat supaya kita dapat bereskan kerja kita sebelum masuk waktu solat. Di mana jika dapat solat di awal waktu ganjarannya begitu besar sekali.  ~ Dikatakan jika berwudhu dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah S.W.T. akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti cahaya matahari. ~ ~ Jika kita berwudhu ketika azan sedang dilaungkan maka kita akan dibangkitkan dengan muka bercahaya seperti bulan purnama dan jika kita berwudhu selepas azan dilaungkan maka kita akan dibangkitkan dengan muka bercahaya seperti bintang.~  Solat juga akan menyerikan muka kita d