Posts

Showing posts from 2012

~ Jom ke Masjid ~

Image

~ singgah di rahim bonda.. ~

Image
alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT atas rezeki pemberiannya.. walaupun alahan mendatang tapi semuanya akan dilalui dengan penuh sabar.. azam utk kali.. * tambahkan khatam Quran * amal manzil setiap pagi * hadis setiap petang * tahajud setiap malam.. Semoga Allah SWT bagi kekuatan untuk melakukannya..dengan ikhlas dan tawadduk demi melahirkan ummah yang berkualiti...

~ khuruj @ new mohalla ~

Image
a new life begin.. here..  Kinabatangan.. far from my parent..and siblings.. so close with husband and son.. a new air of workplace.. new friends.. ^^ new mohalla..new halqah.. searching for new mosque with 5 amal maqomi.. searching for weekly taalim mingguan for masturoh.. @@ found but far..  need more mujahadah.. khuruj..khuruj..khuruj.. Ya Allah..please chose us..to be in your way....

~ awal awal agama- mengenal ALLAH SWT ~

Image
Rasulullah SAW berjuang selama tiga belas tahun di Makkah. Itulah masa Rasulullah berdakwah dan mengumpul pengikut-pengikutnya. Mula-mula secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga belas tahun itu, Rasulullah hanya 'membawa Tuhan' dan memperkenalkan Tuhan kepada para Sahabat. Dalam majlis yang rasmi atau tidak rasmi, dalam majlis keramaian, apabila berjalan-jalan dengan para Sahabat, malahan pada setiap masa dan ketika Rasulullah menceritakan tentang Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya. Tentang kasih sayang, keampunan dan belas ihsan-Nya. Tentang kuasa dan iradah-Nya dan tentang segala-gala sifat yang ada pada Tuhan. Segala sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka cukup t

~ Alhamdulillah ~

Image
   19 Mei 2012 - 25 Mei 2012 Your most popular sites = eg tukar ("-)...  ya..seminggu ni memang ini laman yang sgt2 digemari.. hahaha hari demi hari menunggu sesuatu yang tidak pasti.. penat lah menunggu. then my friend said.. pertukaran antara daerah 'no need to online' but 'direct to JPN' .. hurmm sehinnga hari ini tiada juga 'result' .. so.saya x mau online dah..('~') tunggu saja surat dari JPN... 26 Mei 2012 First word = Alhamdulillah..  a new life will begin there..

~ Jika ada sombong ~

Image
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam. Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut un

~ Bertemu Berpisah kerana ALLAH ~

Image
Perpisahan sementara ini menyuburkan cinta kau..aku dan DIA.. Menyemai bibit-bibit cinta seperti hari pertama kita menikah.. tatkala kau dan aku disatukan dengan sebaris kata... Perpisahan ini satu ruang masa untuk kita bermuhasabah.. Untuk kita terus terus dan terus mengharap pada Yang Esa.. bukan pada dirimu..dan bukan juga pada usaha kita..kerana makhluk tiada kuasa.. Aku rindu padamu.. ~Tidakkah rindu kepadaNya? Aku tidak sanggup berjauhan denganmu walaupun seketika.. ~Alam Ke 2 (Barzakh) kita pasti jua akan berjauhan.. Aku tidak mampu bersendirian mengurus keluarga.. ~Allah SWT adalah sebaik-baik Penolong..Kamu tidak bersendiri selagimana kamu mengingati Nya Aku tiada tempat bermanja..tiada tempat untukku mengadu.. ~Dia mengurniakan Tahajjud dimalam hari..peluang bersunyi diri denganNya.. Perpisahan diri memberi ruang untuk rindu hadir diantara kita.. dan rasa rindu itu penguat mahabbah antara kita.. Andai semalam adalah pertemuan terakhir , pasti pasti

~ Wahai Syabab! Kisah orang buta dengan syaitan ~

Image
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab : Aku adalah syaitan.! Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa  ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali  ketiga maka seluruh dosa um

~Kisah seekor ulat dengan Nabi Daud A.s~

Image
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dap

~ Madu Mangkuk dan Rambut ~

Image
Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakarr.a, Umar r.a, Uthman r.a dan Ali r.a bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Alir.a, isterinya Sayyidatina Fathimah r.ha. putri Rasullullah SAW menghidangkanuntuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu . Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemuasahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga bendatersebut.(mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut) AbuBakar r.a berkata,”Iman itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, danmempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.” Umarr.a berkata,”Kerajaan itu lebih cantikdari mangkuk yang cantik ini,seorang raja itu lebih manis dari madu, danmemerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.” Uthmanr.a berkata,”Ilmu itu lebih cantik darimangkuk yang cantik ini, orang yang menu

~ Yakin pada Yang Maha Kuasa~

Image
Abu Said ra. memberitakan daripada Nabi saw di mana baginda bersabda: "(Pada suatu hari) Nabi Musa as. berdialog dengan Tuhan: "Wahai Tuhanku, ajarilah aku sesuatu yang dapat aku sebutkan Engkau dan aku dapat pula memohon pada Engkau, dengannya." Nabi menyambung: "Tuhan menjawab: "Ucapkan La ilaha illallaah." Nabi Musa as. menyambung: "Wahai Tuhanku, setiap orang hamba Engkau mengucapkan ucapan ini (sama dengan mereka)." Allah SWT masih juga berfirman: "Ucapkan La ilaaha illallaah." Nabi Musa as. menyambung sabda: "(Wahai Tuhanku) sungguhnya aku inginkan suatu ucapan yang di khususkan bagiku." "Mendengar demikian Allah SWT pun menjawab: "Wahai Musa, seandainya langit langit yang tujuh dan bumi yang tujuh (lapis) diletakkan pada suatu daun neraca (timbangan) dan kalimah La ilaaha illallaah di letakkan pada suatu daun neraca, akan berat lagilah La ilaaha illallaah." (HR An-Nasa'i, Ibnu Hibb

~ Ikhlas Niat kerana Allah SWT ~

Image
Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT.” Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya. Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia seorang gadis yang cantik jelita. Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pa

~ ..Muliakan..~

Image
RASULULLAH SAW DENGAN SEBIJI LIMAU Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.  Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu

~ zikir..ingatlah Allah..hati hati akan menjadi tenang ~

Image
Beberapa hadith yg menyatakan fadhilat berzikir: RasululLah saw bersabda: Allah swt berfirman: "Ketika hambaKu mengingatiKu dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dalam suatu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yg lebih baik dari kelompoknya. Jika dia dekat kepadaKu sejengkal, maka aku dekat kepadanya sedzira'(satu lengan). Jika ia dekat kepadaKu sedzira', maka Aku mendekati kepadanya sedepa. Jika dia berjalan kepadaKu maka Aku berlari kepadanya." RasululLah bersabda: "Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya. Diantaranya adalah lelaki yg berzikir kepada Allah di tempat sunyi lalu kedua matanya berlinangan kerana takut kepada Allah." RasululLah bersabda: "Allah SWT berfirman: "Siapa sibuk mengingatiKu dari meminta dri Ku, maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yg meminta." Dari A'masy, d

~ Membersihkan Hati dengan Solah ~

Image
 Hadith Sahih mengenai solat Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "S

~ pewaris usaha atas iman ~

Image
~ ..alunan zikir dan kalimah Allahuakbar membasahi bibir menanti kehadiran bakal daie.. ~ ~ setiap saat berdoa, berdoa dan terus berdoa agar daie ini selamat dilahirkan ke bumi Allah~ ~ disaat wayar2 oxygen menerobos ruang pernafasannya si ummu berusaha berusaha dan terus berusaha untuk melahirkan pejuang Islam itu ~ ~ dengan izinMu ya Allah.. izinkanlah daie lahir kedunia ya Allah.. dalam keadaan apa pun.. andai nyawa ini bisa mengantikan dirinya hamba redha.. izinkan hambamu ini memberi umat Nabi SAW ke alam ini.. doa si ummu dalam hati kecilnya..~ ~ tawakal, tawakal dan terus tawakal sehingga mata ummu tertutup dan terus tertutup~ ~menyerahkan segala2nya kepada Yang Maha Kuasa~ ~ alhamdulillah.. lahir seorang hamba Allah.. yang InshaALLAH akan di didik dengan cara Islam.. Sunnah.. menjadi pewaris usaha nabi dan menjadi seperti para sahabat2 nabi.. seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khatab, Saad Al Waqas.. Saidina Ali.. dan lain2 para sahabat.. Semoga m

~Istiqomah~

Image
kenapa auntie pakai macam alarqam? suatu pertanyaan yang keluar dari bibir seorang anak kecil yang baru menginjak umur 5 tahun.. abi dan ummi saad berpandangan.. alarqam tu apa? abi mula memancing.. anak kecil itu brkata.."ermm..yang mcm dalam tv tu.. dorang pakai tutup muka... jalan2 dan bagi makan burung.." abgnya yang diam sejak tadi menambah "bukanlah,, auntie bukan alarqam..itu macam orang arab.abg ada belajar dsekolah.." kedua-dua adik beradik itu mula meluahkan pendapat masing2.. abi seraya berkata.. "auntie, bukan alarqam.. auntie pakai mcm ni sebab nak tutup aurat.. auntie kan cantik, senyuman pun manis.. selalu sangat kena puji senyuman tu..sebab tu auntie pakai.. x bagi orang lelaki tgk kecantikan dia..lagipun ini pakaian yang Rasulullah saw suka tgk" ''iyya kan..nanti kena ngurat.. adik pun sama..ramai orang kata adik comel. nanti adik pakai la kan.." adik berkata.. abg mencelah.." eee x pyhlah.. tada juga orang mau

~Langit Seakan Lahar Neraka~

Image
Gambar di ambil pada jam 620 pagi.. sesiapa yang melihatnya secara live pasti merasakan suatu perasaan yang mengerunkan.. melahirkan keinsafan.. mungkinkah ia tanda2 kiamat? wallahualam apa yang pasti ia adalah sebuah peringatan kepada umat manusia dengan amalan mereka didunia ..sudah cukupkak bekalan untuk akhirat.. satu alam selepas alam barzakh..

~The Lament of the Quran~

As an ornament do they adorn me Yet the keep me and sometimes kiss me In their celebrations they reside me In disputes they swear by me On shelves do they securely keep me Till another celebration of dispute when they need me Yes! They read me and memorizing me Yet only an ornament am I My message lies neglected My treasure untouched The field lies bare Where blossomed once true glory Wrong is the treatment that I receive So much to give I have but none is there to perceive Mahir-ul-Qadri

~hampir 2 tahun~

assalamualaikum... alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk menulis disini. sudah terlalu lamanya jari jemari ini tidak lagi mengetik keyboard untuk dilayarkan ke dashboard kurniaanilahi blogspot ini.. InshaAllah ingin sekali saya berkongsi pengalaman menjadi seorang ibu.. :) bila ya? belum dapat ditentukan ..kerana tidak dapat menjangka bilamana kelapangan... semoga bertemu lagi.. ilal liqo. Man Jadda Wajada