Masa is Time..


Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa (Juipri, 1999). Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya:

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya empat perkara iaitu mengenai umur dihabiskan, bagaimana melalui usia muda, daripada mana harta diperoleh dan bagaimana dia membelanjakannya serta apakah dia sudah beramal dengan ilmunya itu.”

Dua soalan mengenai masa ditanya iaitu umur secara keseluruhan dan khususnya pada usia muda. Usia muda adalah paling berharga kerana ia saat manusia mempunyai tenaga dan fikiran terbaik jika dibandingkan dengan usia kanak-kanak atau usia lanjut dengan serba keuzuran (Dr Mohd Rumaizuddin, 2008)


Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan lima perkara yang perlu direbut sebelum datangnya lima perkara iaitu masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua dan masa senang sebelum papa.

Jesteru, tugas utama seorang Muslim ialah memelihara masa. Setiap detik waktu perlu diawasi supaya dimanfaatkan untuk agama dan dunianya. Golongan salaf sangat memberi perhatian kepada masa dan akan berasa rugi jika hari itu mereka tidak memperoleh ilmu pengetahuan. Maka setiap hari mereka berusaha supaya ilmu akan bertambah dengan belajar dan membaca. Imam al-Shafie membahagikan masa malamnya kepada tiga bahagian untuk ibadat, belajar dan mengajar ilmu serta masa untuk tidur (Dr Mohd Rumaizuddin, 2008)

Menurut Ridzuan 2010, membuang masa bukan hanya satu jenayah biasa. Sebaliknya satu pembunuhan kejam !! Jika kita mesti membuang masa mengapa tidak kita berkata “Saya tidak ada masa’’ Samalah maknanya berkata “Ada perkara lain yang lebih penting bagi saya ’’

Kesimpulannya, sama samalah kita memelihara masa.. masa untuk duniawi masa untuk akhirat.. dan beringatlah ketika menggunakan masa untuk duniawi .. kerana masa duniawi adalah persediaan untuk akhirat. Kerana Allah tujuan kita..

Firman-Nya :

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)


Popular posts from this blog

6 pesanan untuk wanita

MUZAKAROH IMAN YAKIN

Hati dan Amal mu