Posts

Showing posts from 2009

Cara menukar blog template

Image
Dengan izin Allah, saya ingin berkongsi sesuatu. Moga ia bermanfaat bagi yang memerlukannya. Bagaimana caranya mengubahsuai penampilan blog agar kelihatan menarik? Disini ada beberapa cara-caranya.. 1. Layari laman web yang menyediakan pelbagai template untuk blogger. Antara site yang boleh anda lawati adalah http://btemplates.com/ 2. Pilih template kesukaan anda. Anda boleh memilih mengikut bilangan 'column' , style atau warna yang anda minati. 3. Download template kesukaan anda dan save pada hardisk anda. 4. Template yang telah di download hendaklah di 'extract' (win rar, win zip...). Hasilnya anda akan dapat dua fail. satu fail Xml template dan satu lagi Read me ( Note pad). 5. Setelah itu login ke blogger dashboard.. pergi ke Layout.. Edit HTML.. bagi tujuan keselamatan, download template asal terlebih dahulu. Klik pada 'download full template'. 6. Kemudian, 'browse' template baru anda dan tekan 'upload'. 7. H

..wanita bertudung hitam..

Image
aku terus memandang wanita bertudung hitam dihadapanku.. ahh ada lapisan kain menutupi mukanya.. tapi dari matanya aku tahu kakak itu cantik. tetapi siapa dia? kenapa kebelakangan ini dia selalu ada disurau ini..disini kan cuma kanak-kanak yang mengaji.. ahh mungkin dia ustazah.. bermacam- macam persoalan dan telahan datang silih berganti.. Khumaira..Khumaira.. ku dengar namaku disebut.. 'ayuh! Giliranmu..anak kecil ini mimpi terus..' ku jadi gelabah kerna belum sempat melancarkan bacaanku..pasti rotan milik pak ustaz singgah lagi ke lenganku.. 'basaa~na.. banaa~ na .. zap.. aduh.. suda dijangkakan.. 'masak bayaa~ na jadi banana.. mimpi lagi..' ustaz mula membebel.. 'kamu ini bagaimana? teman-temanmu uda masuk Iqra 5, kamu masih Iqra 2.. sehari baca satu muka.. ustaz uda mau kembali ke Makassar ni..' sayu suaranya.. aku jadi sedih teramat.... kenapa lah aku sangat lembap sangat baca Iqra ni.. ' Pak Ustaz.. maafkan saya..saya betul betul mahu pandai menga

Mimpi itu & Ketentuan Mu

Image
Jumaat, 1 Muharram 1431H telah kembali ke rahmahtullah, ke alam yang juga sementara..seorang insan yang amat kurindui (satu-satunya atuk yang kutemui dalam hayatku). Hanya Al-Fatihah, Yasin berserta doa ku kirimkan bersama rinduku.. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah.. Al- Fatihah

Salam Maal Hijrah 1431

Image
Semoga detik ini bermula satu tekad baru. Rentasi duri-duri kehidupan dengan Iman dan Taqwa. Salam Maal Hijrah 1431 dari kami 'Inspirasi Iman Kurniaan Ilahi '.

Birrul walidain (berbakti kepada orang tua)

Image
Alhamdulillah, seronok dan terkesan sekali mendengar ceramah halal bi halal dari Ustaz Das'ad. Dalam ceramah yang singkat pelbagai topik beliau sampaikan. Antaranya ialah berbuat baik kepada orang tua (ibu bapa). Ingin saya kongsikan disini ceramah beliau namun keterbatasan ilmu dan juga ruang waktu membawa saya berkongsi melalui penulisan Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Di Antara Fadhilah (Keutamaan) Berbakti Kepada Kedua Orang Tua. Pertama Dari Abdullah bin Mas’ud katanya, “Aku bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang amal-amal yang paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, Pertama shalat pada waktunya (dalam riwayat lain disebutkan shalat di awal waktunya). Kedua, berbakti kepada kedua orang tua, dan ketiga jihad di jalan Allah” [Hadits Riwayat Bukhari I/134, Muslim No.85, Fathul Baari 2/9] Dengan demikian jika ingin kebajikan harus didahulukan amal-amal yang paling utama di antaranya adalah birrul walidain (berbak

Jalan yang gelap..

Image
Bismillahirrahmannirahim.. "Jangan pilih jalan yang gelap".. kalau x silap itulah kata2 dari Filem Bohsia 2009.. Hati tertanya begitukah kehidupan diluar sana? benarkah atau lakonan semata-mata? Namun bukan itu persoalan yang akan dibincangkan.. Persoalan sebenarnya, adakah ibu bapa @ keluarga yang menjadi punca masalah akhlak dalam kalangan remaja? Kisah 1 Sepertimana watak dlm cerita itu, perbuatan si ayah mendorong anak menjadi liar kerana dia merasakan tidak punya harga diri lagi.. watak yang lain pula perbuatan ibu mendorong anak menjadi gadis yang kurang beradab walaupun si ibu tidak pernah mengharap anak gadisnya menjadi seperti itu.. Kisah 2 "Mar x sangka Yul sanggup buat macam tu. kita perempuan dan dilahirkan Hawa itu untuk menjadi pasangan kepada kaum Adam bukan sesama kita" marah Mar pada Yuliana "Apa salah Yul? salahkah bercinta dengan perempuan ha? air matanya mula bergenang.. " tu semua berdosa... ingat Allah byk2" " ya Yul tahu be

Teori dan Praktikal

Image
Wujudnya teori dan praktikal dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian sama ada dari segi akedemik, alam pekerjaan, nilai-nilai moral, kehidupan didunia dan juga kehidupan di akhirat.. Bagi saya dan sahabat-sahabat, teori untuk menjadi 'pendidik' itu telah bermula semenjak mengenali insan yang bernama ibu. Apabila melangkah ke universiti kemudian baru lah mempelajari segala persediaan untuk menjadi 'Cikgu'. Teori dan praktikal, apa perkaitannya? Dalam Educational Psychology (Santrock, Educational Psychology, 3rd Edition) misalnya, terdapat banyak teori-teori asas yang terkenal seperti Bandura, Pieget, Vgotsky, Bronfenbrenner, Erikson dan lain-lain yang kurang terkenal.. Namun didalam kelas (Classroom Management), kesemua teori-teori seakan-akan tidak mencukupi.. lalu saya gabungkan dengan teori-teori Counseling dan beberapa yang lain.. Namun tentu saja tugas 'mendidik' itu terasa sukar. Hanya setelah beberapa minggu berlalu dalam sesi prak

Adik, Kakak dan Tabligh

Image
Adik: Mengapa kebanyakan orang tidak suka pada Tabligh? Mereka juga mengatakan Tabligh itu serong dan bermacam-macam tomahan lagi.. Kakak: ‘Mereka’ itu siapa? Pasti ‘mereka’ itu orang yang cetek ilmunya atau hatinya penuh takbur.. cuba adik tanya ‘mereka’, apa usaha yang ‘mereka’ telah/sedang/ akan buat untuk menegakkan daulah atau menyebarkan islam? tanyakan juga kepada mereka apa khabar ‘iman’ mereka? Hingga sanggupnya mereka mencaci orang bergerak atas jalan Allah.. kita sebagai Muslim harus saling tolong menolong, bukan caci mencaci.. Kita harus faham siapa sebenarnya musuh kita.. adakah patut orang yang bergerak di atas jalan Allah dijadikan musuh? Adik: ‘Mereka’ juga bilang Tabligh itu menolak politik.. bolehkah begitu kakak? Kakak: Adik, dakwah itu bermacam strategi. Bergantung kepada kelompok kumpulan itu bagaimana mereka berusaha menyebarkan Islam itu. Kakak ini bukan lulusan sarjana agama bukan juga sarjana syariah, jesteru kalau ada jawaban yang kurang memuaska

Erti Kewujudan

Image
Tika angin menderu .. Ombak menerjah pantai.. Sang camar terbang bebas tinggi.. Aku tafakur sendiri.. Terasa kerdil diri ini.. Tika fajar menyinging Mega ungu beriring.. Embun membasahi pipi Aku menangis sendiri segala dosa ku kesali... Aku mendongak ke langit hanya.. langit biru tidak ku lihat Engkau.. Aku tunduk ke bumi Hanya rumput hijau Tidak ku lihat jua... Ku menginsafi diri yang fakir miskin hati bersarang keangkuhan keji lalu kupapahi diri Menuju redho Mu Ilahi Erti Kewujudan_Grup Apresiasi Seni

Di Balik Filem 2012

Image
Di awal pagi yang cerah, terkejut pula menerima satu email yang menceritakan Di sebalik Film 2012.. Sesuatu yang perlu ku kongsikan terutama nya pada pengemar2 Filem hollywood.. Semoga kita sentiasa menjaga aqidah kita.. jangan sampai apa yang anda tonton mengoyahkan aqidah anda terhadap saraf keimanan dalam Islam. Silakan Klik pada link di bawah, untuk mengetahui selanjutnya. Link: 2012

Dsisi Mujahid

Image
Disisi Mujahid ada Mujahidah.. Yang berjihad untuk Islam Yang menyerikan Islam dan tamannya Dengan peribadi solehah Mereka serikandi Istimewa sekali Mengabdikan diri Pada Allah dan suaminya.. Mujahidah Islam banyak peranannya Untuk membangunkan Islam Tangan mereka bakal menggoncang dunia Melalui didikkannya Ingatlah Mujahidah, Anakmu amanah Allah ikutlah syariatnya agar dirimu dalam keredhaan-Nya Didiklah mereka.. cara Islamiah Agar Insya Allah Mereka menjadi soleh dan solehah.. Islam kini memerlukan Mujahidah yang beriman, sabar, redha dan berdakwah Agar Islam yang dagang tegak kembali Bersama Mujahidah Sejati Mujahidah Sejati : Grup Apresiasi Seni

Perjuangan itu Ibadah..

Image
Sahabat, Perjuangan ibadah kita.. Hakikat insan dihidupkan Dimatikan bila tugas selesai Itulah janji Tuhan Sahabat, Apalagi yang tak pasti? Kebatilan pastinya akan runtuh Islam kan tertegak atas kebenaran Tegakkan keyakinan.. Sahabat, Apa lagi yang kau ragukan? Adalah Sunnah Rasulullah Yang sedikit akan pasti menang Dengan bantuan Allah.. Sahabat, Apa lagi yang kau sedihkan? Darjatmu tinggi disisi Tuhan Kiranya kau insan bertaqwa, Kiranya kau insan beriman.. Sahabat : Grup Apresiasi Seni

TAZKIYYATUNNAFS...

Image
Mendidik hati merupakan perkara yg paling penting didalam proses utk menjadi orang mukmin yang bertaqwa .Semua lapisan masyarakat tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut, sama ada golongan miskin, kaya, pemimpin rakyat ,tua atau muda. Tiga proses yg mesti ditempuhi ialah : 1. Takhalli ( Membersihkan diri dari segala sifat-sifat mazmumah ) 2. Tahalli (Menghiasi diri dari dengan segala sifat-sifat mahmudah 3. Tajalli (Merasai hasil dari mujahadah) Di antara kejernihan hati yg lahir di tgh tgh kehidupan orang yang memiliki hati yang jernih ialah: • Sepontan timbul rasa malu kepada Allah kerana terasa diawasi dan diperhati oleh Allah Ta’ala • Sepontan timbul rasa takut dan hebat kepada Allah kerana terasa berada di dalam kekuasaan Allah Ta’ala . terasa pada hatinya Allah boleh berbuat apa sahaja pada dirinya seperti miskin , sakit , mati dan seumpamanya . • Sepontan rasa berdosa dan menangis seorang diri ketika keseorangan kerana takut dosa dosany

InsyaAllah : Maher Zain..

Image
Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Everytime you can make one more mistake You feel you can`t repent And that its way too late Your`re so confused,wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Turn to Allah He`s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don`t let me go astray You`re the only one that showed me the way, Showed me the way 2x Insya Allah3x Insya Allah we`ll find the way Lyrics from Ukhti Sakinah